Tetiba plak aku nak tulis pasal C.I.N.T.A..hehe...gediks no!!heehhee...
Secara jujurnya aku memang tak pernah ada pengalaman bercintan-cintun nie..maybe sebab aku nie jenis yang serius n pendiam sangat kot...nmpk mcm budak psycho n mysterious kot..haha...boys pun takot nak kawan ngan aku...hikhik...ape2 pun maybe blom sesuai lagi kot untuk aku bercintan-cintun nie...aku pun tak nak lg...x ready..ececeh...jawapan kontroversiii!!!
Hurm...CINTA...ada apa dengan cinta??
Sebenarnya cinta nie sangat la luas definisinya...Cinta bukanlah hanya untuk manusia...hurm..banyak lagi...Perasaan cinta yang paling agung perlu kita ada adalah CINTA kepada ALLAH S.W.T.
C>I>N>T>A=cinta!!!
Tak salah untuk kita mempunyai perasaan cinta..Islam sendiri pun ada mengajar kita tentang cinta..Islam juga ada mengajak kita pada cinta..Terdapat hadis2 yang mengajar tentang cinta...Baik cinta kepada Allah S.W.T.,cinta kepada Rasul-Nya, cinta kepada agama, cinta kepada manusia mahupun cinta kepada makhluk hidup disekitarnya....antaranya:
Firman Allah S.W.T. dalam Al-Quran,
"Sesungguhnya kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah akan menganugerahkan cintaNya kepada mereka.."
QS Maryam ([19]:96)
"Aku anugerahkan cintaKu kepadamu..."
QS Tha Ha ([20]:39)
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
"QS At-Taubah([9]:24)
Dan antara tanda-tanda-Nya (Allah) ialah Dia ( Dan antara tanda-tanda-Nya (Allah) ialah Dia (Allah) menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung (tenteram) kepadanya, dan dijadikan-Nya (Allah) antara kamu perasaan kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu (terdapat) tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.) menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung (tenteram) kepadanya, dan dijadikan-Nya (Allah) antara kamu perasaan kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu (terdapat) tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
QS Al-Rum ([30]:21)
” Setiap kali seseorang muslim terpandang kecantikan seseorang perempuan lalu ia memalingkan pandangannya dari situ, maka Allah akan membaharukan untuknya satu ibadah yang kemanisannya terasa di dalam hatinya. “
( Hadis Riwayat Ahmad & Tabrani )
Hurm....tue antara hadis dan firman2 Allah didalam al-Quran yang mengajar manusia mengenai cinta...tak salahkan untuk kita bercinta??yang penting mestilah betul pada caranya..mengikut apa yang diajar oleh Islam..Cinta akan menjadi salah sekiranya kita tidak mengikut cara yang telah diajar oleh agama kita...
Nasihat Ali bin Abi Thalib mengenai cinta pula :
Cintailah kekasihmu sekadarnya saja sebab bisa saja suatu saat nanti dia akan menjadi orang yang membencimu, Dan bencilah orang yang membencimu sekadarnya saja sebab bisa saja suatu saat nanti dia akan menjadi orang yang mencintaimu.
Cintailah orang lain seperti hanya kamu mencintai dirimu sendiri dan bencilah orang lain seperti hanya kamu membenci dirimu sendiri.
So, memang jelas kalau cinta memang ada dan tak dilarang didalam Islam...cuma..ianya bergantung kepada kita untuk menjalaninya...samada mahu mengikut apa yang telah diajrkan oleh agama kita atau pun sebaliknya...cinta akan menjadi sangta indah sekiranya kita dapat menggapai cinta yang sebenar...

So,kawan2...apa lagi,carilah cinta yang diredhai Allah..bercintalah kerana Allah...semoga kita semua akan mendapat cinta yang kita cari....semoga aku dapat menemui si adam yang beriman yang dapat mencintai aku kerana Allah S.W.T...Aminnnnnn!!!!
Jangan mudah melafaz kasih,kasih itu untuk siapa..
Jangan mudah melafaz sayang,sayang itu pada siapa..
Jangan mudah melafaz cinta,cinta itu pada Yang Esa,
Cintakan bunga,bungakan layu..cintakan manusia kan pergi.





No comments:
Post a Comment